• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Terengganu Tidak Setuju Rampasan Kuasa

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk mengulingkan kerajaan Terengganu secara tidak sah dan melanggar peraturan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, PAS tidak mahu insiden perubahan kerajaan di Perak berulang.

“PAS sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan. Tindakan merampas kuasa adalah tindakan yang keji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS Pusat sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 8 Mac lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik berkata, parti itu tidak terlibat dengan gerakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di DUN Terengganu.

Pendirian PAS itu menimbulkan kemarahan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Satiful Bahri dalam pada itu menegaskan, kemelut politik yang berlaku itu membabitkan bekas Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Terengganu sedia ada.

Justeru, katanya, PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman UMNO Terengganu kerana kemelut itu tiada kena mengena dengan PAS. – Mynewshub.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd