• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: Hampir 663,000 Peminjam PTPTN Gagal Buat Bayaran Balik

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 662,983 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Dis lepas, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memberitahu bahawa RM2.79 bilion pula merupakan baki tertunggak kerana peminjam membuat bayaran balik lebih rendah daripada ansuran ditetapkan PTPTN.

“Bagi tempoh itu juga, seramai 1.88 juta peminjam perlu membayar balik pinjaman PTPTN melibatkan jumlah sebanyak RM15.33 bilion.

“Daripada jumlah itu, seramai 1.22 juta atau 64.72 peratus peminjam mula membayar balik dengan amaun kutipan sebanyak RM7.14 bilion,” kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) mengenai jumlah hutang tertunggak PTPTN sehingga Disember lepas.

Ahmad Fauzi juga ingin tahu inisiatif yang dirangka kementerian itu bagi menggalakkan peminjam menjelaskan pinjaman pendidikan mereka.

Menurut KPT, antara strategi yang dilaksanakan adalah taklimat di institusi kerajaan dan swasta secara berkala serta pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi penyelesaian hutang secara sekaligus bagi tempoh 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013 dan 10 Okt 2014 hingga 31 Mac 2015.

“Selain itu, KPT juga membenarkan penstrukturan semula hutang sehingga maksimum umur tidak melebihi 60 tahun, menyenarai hitam peminjam yang gagal membuat bayaran balik dengan Jabatan Imigresen dan melaksanakan tindakan undang-undang,” kata KPT. – BERNAMA

Tags: ParlimenPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd