• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAP Mahu Sidang DUN P. Pinang Bawa Usul Gantung LGE

oleh
30/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN BARU – Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang membawa usul khas tergempar untuk menggantung sementara Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh setiausaha parti serpihan DAP itu, Rahmad Ishak kepada pemberita pada sidang akhbar di Hotel Seri Malaysia di sini, Sabtu bersama-sama dengan presidennya, Zulkifli Mohd. Noor.

Ujar beliau, Guan Eng sepatutnya digantung daripada tugas rasminya sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri itu sementara menunggu proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau selesai.

“Semua ahli DUN yang diberi mandat oleh rakyat, wajar menjalankan tugas mereka dengan minta Speaker DUN untuk mengadakan persidangan tergempar bagi membawa usul penggantungan Ketua Menteri,” kata Rahmad.

“Langkah ini perlu dilakukan sehingga pihak SPRM mengesahkan Guan Eng bebas daripada sebarang salah laku kuasa berkaitan skandal banglo murahnya dengan isu tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin,” tegasnya.

PENANG 26 MARCH 2016. Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Noor (kiri) dan Setiausaha PAP, Rahmad Ishak dalam sidang akhbar mengenai isu pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isu tanah Taman Manggis di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang. NSTP/RAMDZAN MASIAM
Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Noor (kiri) dan Setiausaha PAP, Rahmad Ishak dalam sidang akhbar mengenai isu pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isu tanah Taman Manggis di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Gesaan PAP; yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada Hari Malaysia 2014 oleh ramai veteran bekas pemimpin DAP, secara kebetulan menyerupai seruan bekas sekutu pembangkang, PAS yang mendesak Guan Eng bercuti rehat.

Peguam propembangkang yang pernah menerajui sebuah badan bebas BERSIH untuk desak pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, Datuk S. Ambiga turut menyuarakan pandangan sama ke atas Guan Eng dalam isu itu.

Ini kerana mereka berpendapat, Guan Eng yang juga dianggap sebagai penjawat awam wajar ‘berhenti’ seketika daripada menjalankan tugas rasmi susulan skandal hartanah di George Town tersebut yang disiasat SPRM.

Bagaimanapun Guan Eng kemudian menegaskan bahawa tidak keperluan untuk beliau berbuat demikian dan ini turut disokong oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd