• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Arah Pihak Luar, Petugas Media Hormati Peraturan Sidang Akhbar

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengingatkan petugas media dan pihak luar yang memasuki Parlimen supaya mematuhi peraturan sidang akhbar di bangunan Parlimen.

Beliau berkata mereka perlu menghormati keputusan yang dibuat sebelum ini yang menetapkan ruang sidang akhbar di lobi Parlimen hanya untuk kegunaan anggota Parlimen.

Katanya peraturan tersebut masih berkuat kuasa dan beliau meminta mana-mana pihak selain anggota Parlimen supaya tidak mengaturkan sebarang sidang media atau membuat kenyataan kepada media di kawasan berkenaan.

“Saya tidak akan berkompromi, sesiapa yang tidak berhak untuk buat kenyataan akhbar di situ, saya ingin ingatkan peraturan itu masih ada. Saya serius tentang hal ini,” katanya bagi menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai sidang media seorang peguam di lobi Parlimen, Khamis lepas.

Sim ingin tahu adakah peraturan tersebut masih berkuat kuasa.

Pandikar Amin turut mengingatkan petugas media agar tidak meminta respons terhadap sesuatu isu secara ‘hendap’ daripada orang ternama yang berada di bangunan Parlimen.

“Kita faham kadang-kadang ada pihak luar ini tidak boleh kawal daripada memberi respons. Wartawan pun bawa mikrofon terus minta respons itu ini, saya ingatkan jangan lakukan begitu lagi,” katanya.

Beliau berkata sekiranya peraturan tersebut masih tidak dipatuhi, beliau tidak teragak-agak untuk memanggil editor akhbar yang terlibat dengan liputan Parlimen.

Pada November 2012, Pandikar mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen. – BERNAMA

Tags: mediaPandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd