• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Warga Emas Dikhuatiri Lemas Di Beting Beras Basah

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di pantai Beting Beras Basah di sini yang masuk hari keempat, masih lagi diteruskan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata sebanyak tujuh buah bot dari pelbagai agensi berkaitan digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat serta kawasan pencarian turut diperluaskan sejauh 10 kilometer daripada lokasi kejadian.

“Hari ini, seramai 16 anggota termasuk unit skuba bomba Pulau Pangkor menyertai operasi menyelamat ini. Selain itu, pihak kami bersama beberapa lagi unit bantuan melakukan pencarian di kawasan pesisir pantai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain pihak bomba, operasi mencari dan menyelamat itu turut dianggotai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ong Tua Tau, 60, dari Bagan Datoh disedari hilang oleh rakannya yang menaiki sebuah bot ketika dalam perjalanan pulang daripada mencari kepah, Sabtu lepas.

Setelah menyedari mangsa hilang, 10 rakannya telah berpatah balik ke lokasi tempat mencari kepah namun tidak menjumpai mangsa dan keadaan air ketika itu sedang pasang. – BERNAMA

Tags: mati lemaswarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd