• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oktober Diisytihar Bulan Kaunseling Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengisytiharkan Oktober sebagai bulan kaunseling kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia akan mula dilaksanakan Oktober tahun ini dengan menjalankan sesi kaunseling secara percuma di pelbagai tempat termasuk sekolah, institusi pengajian, tempat kerja dan tempat awam di seluruh negara.

Beliau berkata Oktober dipilih selaras dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Okt setiap tahun.

“Usaha itu bagi membantu masyarakat mengurangkan pelbagai tekanan kesan daripada berbagai faktor seperti terlalu penat, masalah keluarga, masalah hubungan dengan rakan dan pasangan serta kewangan.

“Jangan anggap apabila berjumpa kaunselor kita mengalami masalah mental. Pandangan itu salah. Kita perlu buang stigma ‘takut jumpa kaunselor’ atau hanya yang ‘sakit mental’ saja perlu jumpa kaunselor,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Seminar Kaunseling Kebangsaan ke-15 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rohani berkata pihaknya akan menyediakan rangka kerja meliputi pelbagai aktiviti termasuk kaunselor turun padang ke kawasan untuk mendekati kumpulan sasaran.

Menurutnya, jumlah kaunselor di negara ini yang sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia ialah sebanyak 6,450 orang dan jumlah berkenaan masih tidak mencukupi untuk menampung penduduk Malaysia yang semakin ramai.

Sehubungan itu, Rohani berkata Lembaga Kaunselor Kementerian telah membangunkan modul ‘Lay Counselling’ tahun lalu untuk melatih anggota masyarakat sebagai barisan hadapan membantu kaunselor profesional menyelesaikan masalah sosial.

Katanya kumpulan kaunseling itu merupakan konsep sukarelawan dalam kalangan masyarakat, akan dilatih untuk mendengar dan menyelami masalah dengan meringankan beban psikologi dan perasaan itu.

“Sekiranya, klien memerlukan kaunseling lanjutan, barulah mereka akan dirujuk kepada kaunselor profesional. Setakat ini, 200 orang telah menjalani latihan dan lagi 5,000 akan dilatih menggunakan modul ini sepanjang tahun ini,” katanya.

Seminar bertemakan ‘Intervensi Kaunseling-Kesihatan Mental’ itu merupakan program tahunan anjuran Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, membentangkan 24 kertas kerja, antaranya dalam kesihatan mental, penagihan, kaunseling keluarga dan organisasi. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd