• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Miliki 2.8 Juta Orang Warga Tua Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara memiliki 2.8 juta warga emas yang berusia 60 tahun ke atas tahun lalu atau sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan 31 juta penduduk, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan unjuran yang dibuat Jabatan Perangkaan, negara dijangka mencapai status ‘negara tua’ pada tahun 2035 apabila 15 peratus penduduk merupakan warga emas.

“Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.6 juta orang,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu persediaan kementerian menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030 terutama mengenai keperluan tenaga kerja, wang tabungan dan pusat penjagaan untuk warga tua.

Rohani berkata kerajaan telah melakukan pelbagai persediaan menghadapi status negara tua bagi memastikan golongan itu berada dalam keadaan penuaan yang sihat, produktif dan masih boleh menyumbang tenaga kepada masyarakat.

“Selain daripada persediaan awal menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995 selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa depan, kementerian juga mengambil inisiatif untuk mengkaji semula dasar ini dan pelan tindakannya.

“Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan pelan tindakannya telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011,” katanya.

Beliau mengakui isu kesihatan, persediaan kewangan dan kemudahan infrastruktur warga emas menjadi cabaran utama kementerian dan perlu dikaji dari semasa ke semasa.

“Selain itu, dari segi persediaan kewangan yang mencukupi untuk menghadapi hari tua, kerajaan telah meningkatkan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun yang pertambahan lima tahun ini akan membantu menjamin kestabilan ekonomi golongan warga emas apabila mencapai usia persaraan kelak melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karimwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd