• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Komited Pastikan Lebih Banyak Projek Pembangunan Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
29/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memastikan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur dilaksanakan di Sarawak.

Menurut perdana menteri, projek-projek pembangunan berkenaan sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.

“Sejak tahun 2009, saya telah menegaskan bahawa tiada kumpulan yang akan ketinggalan dalam agenda pembangunan negara,” katanya dalam catatan terbaharu blognya, NajibRazak.com.

Catatan itu dibuat susulan lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak pada hujung minggu ini.

“Dalam hasrat mencapai negara berpendapatan tinggi, saya sedar masih banyak lagi kawasan dan kelompok masyarakat terutamanya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan dari segi masa dan kewangan,” katanya.

“Oleh itu, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan negeri Sarawak dan sentiasa menyediakan peruntukan terutamanya dari sudut pembangunan infrastruktur, bekalan air bersih, bekalan elektrik serta penambahbaikan jalinan pengangkutan dan jalan raya dalam setiap bajet tahunan Kerajaan Persekutuan sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai perdana menteri.

“Ini turut digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional. Malahan saya telah memastikan kerajaan meletakkan komitmen terhadap pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang, khususnya pembangunan di negeri Sarawak, dalam Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata fokus lawatan beliau kali ini adalah untuk meninjau projek pembangunan di Sarawak yang telah diumumkan oleh kerajaan pusat.

Sepanjang berada di Sarawak, perdana menteri melawat projek pembangunan di Sarawak, antaranya pembinaan Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu sepanjang 102km dan meninjau perkembangan pembinaan jambatan yang merentas Sungai Kanowit.

“Saya akan kembali semula melawat Sarawak dan memastikan lebih banyak projek pembangunan infrastruktur pemangkin akan dijalankan bagi memberi lebih banyak faedah kepada rakyat Sarawak. Insya-Allah!,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razaksarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd