• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Khairul Azwan terhadap Rafizi Diteruskan

oleh Ahmad Albab
29/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah dikemukakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung isu pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia, akan diteruskan dengan perbicaraan selepas ia gagal diselesaikan melalui proses mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam William Leong yang mewakili Mohd Rafizi kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi S. Nantha Balan hari ini dengan dihadiri peguam Datuk M. Reza Hassan, mewakili Khairul.

Peguam itu berkata perbicaraan kes ditetapkan selama dua hari bermula 3 Mei ini manakala 6 April ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pada 30 Julai 2015, Khairul, 40, memfailkan saman itu terhadap Mohd Rafizi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Khairul selaku plaintif mendakwa Mohd Rafizi selaku defendan telah mengedarkan dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya ketika mengadakan sidang media di pejabat Mohd Rafizi di Pusat Perkembangan Minda Uni Infiniti pada 6 Julai lepas, dan pada hari sama plaintif menafikan kenyataan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Khairul, yang juga pengarah syarikat Biosis Group Berhad mendakwa perkataan yang diterbitkan itu antara lain mempersoalkan kononnya beliau terlibat dalam urus niaga pembelian 746 Swanston Street di Australia oleh syarikat milik penuh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited.

Katanya, perkataan-perkataan fitnah itu turut membawa maksud bahawa beliau kononnya mempunyai kepentingan dalam urusniaga yang dijalankan selain mendakwa urusniaga itu telah menyebabkan Thrushcross Land Holdings Limited mengalami ketirisan sebanyak RM63 juta.

Beliau berkata perkataan fitnah itu turut diterbitkan dalam portal berita antaranya Malaysian Insider dan Mstar serta boleh dikongsi oleh pengguna internet seluruh dunia melalui laman sosial antaranya Facebook dan Twitter.

Akibat penerbitan perkataan itu, Khairul berkata reputasinya sebagai ahli perniagaan dan ahli politik terjejas selain dipandang hina oleh masyarakat umum kononnya beliau terlibat dalam transaksi yang meragukan untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan sendiri.

Katanya, satu notis tuntutan bertarikh 8 Julai lepas telah dihantar kepada Mohd Rafizi, antaranya menuntut supaya beliau mengeluarkan permohonan maaf berdasarkan terma-terma yang dipersetujui oleh plaintif, namun sehingga kini defendan enggan memenuhi tuntutan itu.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menahan defendan atau pembantunya atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan memohon supaya defendan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar. – BERNAMA

Tags: Rafizi RamliUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd