• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MITI: Kerajaan Teruskan Kempen Kesedaran TPPA

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan kempen kesedaran, bersama-sama dengan proses pengesahan bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), tanpa menunggu keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J Jayasiri berkata kerajaan telah melaksanakan program capaian intensif untuk memaklumkan pihak berkepentingan mengenai kandungan TPPA serta peluang-peluang yang ada sebaik sahaja perjanjian itu berkuat kuasa.

“Menteri Miti, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga telah mengumumkan bahawa jawatankuasa perundingan dan pelaksanaan akan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada proses untuk menjadikannya lebih meluas berkenaan dengan pihak berkepentingan kita, terutama usahawan kecil dan sederhana Bumiputera, yang akan diberi pelbagai pembinaan keupayaan,” katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Eksport Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Jayasiri berkata TPPA, yang ditandatangani bulan lepas, menyatakan bahawa kesemua 12 anggota perlu mengesahkan perjanjian itu dalam tempoh 24 bulan selepas pemeteraian, bagi membolehkan perjanjian boleh mula berkuat kuasa.

Beliau berkata, jika masih ada negara yang tidak mengesahkan perjanjian itu selepas tempoh berkenaan, ia masih boleh efektif, memandangkan sekurang-kurangnya enam negara dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih daripada 85 peratus daripada jumlah semua anggota TPPA, telah mengesahkannya.

Beliau berkata Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam memastikan perjanjian berkuat kuasa kerana negara itu merupakan ekonomi terbesar dunia dan menyumbang sebahagian besar kepada KDNK global.

Semasa di Parlimen pada Isnin, Mustapa berkata TPPA boleh bertemu jalan buntu jika calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memenangi pilihan raya.

Ini kerana pendirian Trump yang menentang perjanjian perdagangan. Anggota TPPA berkongsi pandangan bahawa perjanjian itu tidak penting tanpa penyertaan Amerika Syarikat.

Sementara itu, mengenai prospek eksport, Jayasiri berkata ia dijangka perlahan tahun ini kerana prospek ekonomi global kurang memberangsangkan, termasuk China, rakan dagang terbesar Malaysia.

“Mungkin ada ruang pertumbuhan dalam beberapa bidang, namun, beberapa rakan dagang terbesar kita menghadapi kelembapan,” katanya.

Sementara itu, persidangan sehari bertemakan ‘Kesan TPPA dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) terhadap Pengeksport Malaysia’ itu mengumpulkan pengeksport tempatan untuk membincangkan peluang dan cabaran yang menyelubungi TPPA dan AEC yang akan membentuk perdagangan masa depan negara. – BERNAMA

Tags: MITITPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd