• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mi Kaca: Kementerian Pendidikan Gantung Syarikat Pembekal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat yang membekal mi yang terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu.

Kementerian berkenaan sedang menunggu laporan daripada pihak sekolah sebelum tindakan diambil terhadap syarikat berkenaan, katanya dalam laman blognya hari ini.

Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Program Makanan Tambahan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.

“Kementerian akan turut memastikan terdapat pembekal makanan yang berkelayakan agar tidak mengganggu program makanan tambahan,” kata Kamalanathan.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa sekolah dan guru yang bertanggungjawab dalam program makanan tambahan untuk memeriksa makanan dan kualitinya sebelum membenarkan murid mengambil makanan tersebut.

“Saya telah melawat murid-murid berkenaan semalam dan sangat lega apabila doktor memaklumkan tidak terdapat sebarang kes kekal ke atas murid-murid itu,” katanya yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.

Beliau turut mengarahkan 54 orang murid sekolah berkenaan yang memakan mi tersebut supaya di x-ray bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang jangkitan ekoran pemakanan beracun. – BERNAMA

Tags: P.Kamalanathanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd