• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Tiada Istilah Berhenti Berharap Bagi Keluarga

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Hari ini genap dua tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, namun nasib pesawat itu dan seluruh penumpang serta anak kapal masih menjadi tanda tanya.

Walaupun begitu, bagi anggota keluarga tiada istilah berhenti berharap, apatah lagi berhenti menunggu insan tersayang daripada menjelma di depan mata.

Seperti ibu lain, Lai Chew Lai,84, tetap setia menanti dan berdoa pesawat MH370 yang membawa anaknya Tan Ah Meng, 46, akan mendarat bagi melepaskan rindu yang tidak tertahan.

“Sehingga ke hari ini saya masih mempunyai harapan tinggi dapat melihat anak saya walau dalam keadaan apa sekalipun,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Kantan Baru, Chemor di sini baru-baru ini.

Malah, Lai berkata beliau sering bermimpi anaknya itu pulang ke rumah seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Seorang anak Lai yang hanya ingin dikenali sebagai Tan berkata, beliau dan anggota keluarga yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan untuk bahawa ibunya gembira dan turut berharap ‘keajaiban’ akan berlaku tidak lama lagi.

Tan menaiki pesawat MH370 bersama isterinya Huang Hsiu Leng, 48, seorang rakyat Taiwan serta anak lelaki pasangan itu, Tan Wei Chen, 19.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd