• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Kenal Pasti Serpihan Pesawat Di Mozambique Ambil Masa

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses mengenal pasti serpihan yang ditemui di Mouzambique sama ada mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 akan mengambil masa berikutan melibatkan beberapa prosedur.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tempoh diperlukan tidak dapat dipastikan kerana ia perlu melalui proses yang sama ke atas ‘flaperon’ yang ditemui di Pulau Reunion Julai tahun lepas.

“Pasukan siasatan yang terdiri daripada DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS serta pasukan penyiasat khas MH370 akan dihantar ke Australia untuk proses kenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya pasukan Malaysia akan bekerjasama dengan Australia yang telah menghantar pasukan penyiasat mereka ke Mozambique untuk tujuan perbincangan membawa serpihan berkenaan ke Australia.

“Kita mahu siasat penemuan ini secepat mungkin dan sedang menunggu proses serpihan itu dibawa ke Australia,” katanya.

Liow bagaimanapun berkata walaupun daripada gambar disiarkan sebuah agensi berita serpihan itu berkemungkinan ada kaitan dengan Boeing 777, namun masih terlalu awal mengaitkannya dengan pesawat MH370.

Baru-baru ini dilaporkan satu objek kemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas dijumpai terdampar di tebing pasir pantai di Mozambique.

Sementara itu Liow berkata keputusan untuk melancarkan pencarian lebih banyak serpihan di kawasan pantai Mozambique hanya akan dilakukan selepas serpihan berkenaan dipastikan milik MH370.

Mengenai majlis memperingati ulang tahun kedua insiden MH370, Liow berkata hanya akan ada sesi khas Parlimen untuk tujuan itu.

“Pada 8 Mac juga dijangka satu kenyataan interim mengenai siasatan mengenai insiden MH370 akan dikeluarkan. Ianya akan saya maklumkan melalui kenyataan sebaik saya menerimanya nanti,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MoxaIe0lCN8[/wpdevart_youtube]

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd