• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Laporan Interim Dikeluarkan Esok

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan interim penyiasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan dikeluarkan pada 3 petang esok.

Bagi memperingati ulang tahun kedua kehilangan pesawat itu esok, Dewan Rakyat akan bertafakur seketika.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan itu akan dikeluarkan oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Malaysia bagi MH370.

“Ketua penyiasat Datuk Kok Soo Chon akan mengeluarkan kenyataan itu menerusi siaran televisyen di RTM 1.

“Kenyataan itu akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi MH370 www.mh370.gov.my dan ia akan terlebih dahulu diberikan kepada anggota keluarga terdekat penumpang dan anak kapal pesawat itu dan kemudiannya diumumkan pada 3 petang waktu Malaysia,” katanya.

Liow dalam kenyataannya berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan mengetuai upacara bertafakur itu, akan menyampaikan ucapan takziah khas.

Berhubung penerusan misi mencari pesawat itu, Liow berkata hampir 90,000 km persegi daripada 120,000 km persegi kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi telah diliputi setakat ini, dan berhasil menemukan lebih 500 objek.

“Selepas analisis terperinci oleh pakar-pakar, tiada daripada objek itu dapat memberikan sebarang petunjuk berkaitan pesawat yang hilang itu setakat ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia sedang menunggu pengesahan berhubung dua lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang ditemukan baru-baru ini di Mozambique dan Reunion Island.

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac, 2014, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd