• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mega Buat Kemunculan Semula, Tampil Dengan Vokalis Baru

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock yang cukup popular era lewat 1980-an, Mega tampil membuat kemunculan semula dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Pulau.

Line-up Mega masih lagi dibarisi anggota asalnya iaitu Lomaq, Adie, Sam dan Joey serta penampilan vokalis baharu menggantikan Rahmad iaitu Reyno atau nama sebenarnya, Raino Zazlin Abdul Rahim.

Mega mempertaruhkan single Pulau hasil ciptaan dan gubahan Jason Bakar serta lirik oleh Reyno untuk kembali membuktikan kumpulan rock otai masih berbisa dan tidak hilang taringnya dalam persada seni tempatan.

Pulau yang mempunyai unsur rock moden dipilih kerana ia merupakan trend lagu masa kini yang digemari ramai.

“Sekarang merupakan trend rock moden, jadi kami cuba ikut peredaran masa dan bercakap mengenai kemunculan semula ini, kami akan beri yang terbaik (agar kumpulan Mega dapat bersinar seperti sebelum ini),” kata Lomaq mewakili ahli kumpulannya.

mega1
Dari kiri, Sam, Lomaq, Reyno, Adi dan Joey.

Ketika ditanya mengenai pemilihan Reyno menggantikan Rahmad, Mega berkata, Reyno dipilih berdasarkan kekuatan vokalnya yang serasi dengan kumpulan tersebut.

“Rahmad mahu meneruskan komitmen bergerak solo dan kami berkawan seperti biasa. Mengenai pemilihan Reyno, kami mendekatinya melalui Jason Bakar yang mengenalinya.

“Dari situ kami lamar dia untuk memasuki kumpulan Mega memandangkan kami pun sedang mencari vokalis dan dia calon yang sesuai untuk Mega,” kata Adi ketika ditemui pada majlis pelancaran single Pulau di Green Pit Stop Cafe, Bangi, semalam.

Sementara itu, sebagai vokalis baru, Reyno berharap lagu Pulau mendapat sambutan daripada peminat Mega selain menjadi pengenalan kepada kemunculan semula band tersebut.

Dia juga tidak menafikan pasti akan ada yang buat perbandingan antara dirinya dengan vokalis terdahulu namun Reyno menyatakan dia sudah bersedia dengan perkara itu kerana ia adalah perkara biasa buat penyanyi baharu seperti dirinya.

“Saya tahu pasti ada perbandingan kelak antara saya dengan vokalis terdahulu. Sebab itu kami keluar dengan lagu rock moden mengikut trend terkini.

“Ia merupakan satu kelainan dalam muzik namun masih dengan kekuatan Mega yang sama beserta vokalis baru,” ujarnya.

Untuk rekod, kumpulan Mega yang popular dengan lagu seperti Bayangan Gurauan, Takdir Dan Waktu dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara ditubuhkan pada 1988.

Dua vokalis terdahulu kumpulan ini terdiri daripada vokalis asal, Zarith yang kemudiannya digantikan dengan Rahmad yang kini semakin selesa bergerak solo.

Peminat boleh melayari laman web Facebook Real Mega bagi mengetahui perkembangan terkini kumpulan Mega. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MegamyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Momentum Pertumbuhan Industri Halal Perlu Dikekalkan

Next Post

2 Lelaki Ditahan Bantu Kes Letupkan Mesin Deposit Tunai Bank

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

2 Lelaki Ditahan Bantu Kes Letupkan Mesin Deposit Tunai Bank

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd