• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Momentum Pertumbuhan Industri Halal Perlu Dikekalkan

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Momentum pertumbuhan industri halal global mesti dikekalkan dan seterusnya dibina di kalangan umat Islam termasuk negara-negara bukan Islam, melalui kerjasama dan rangkaian.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata agenda halal Malaysia yang bermula sejak 30 tahun lalu telah mendapat rangsangan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memberikan momentum untuk pembangunannya.

“Tahun ini adalah mengenai globalisasi industri halal yang telah menjadi agenda utama perbincangan yang bukan sahaja melibatkan dunia Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam,” katanya.

Mustapa berkata demikian semasa sesi panel menteri-menteri di Persidangan Halal Dunia di sini hari ini sempena dengan Minggu Halal Dunia

Malaysia memiliki kredibiliti yang kukuh dalam kewangan Islam serta industri makanan halal dan negara ini perlu melihat lebih dari itu, disamping memperluaskan ekosistem ekonomi halal.

“Kami sedang melihat ke dalam logistik dan pengangkutan halal, farmaseutikal, kosmetik serta industri pelancongan,” katanya.

Mustapa berkata pembangunan ekonomi halal banyak didorong oleh populasi Islam yang lebih besar serta peningkatan dalam kuasa beli pengguna Islam.

“Populasi Islam di dunia dijangka meningkat sebanyak 35 peratus dalam 20 tahun akan datang, naik daripada 1.8 bilion kepada 2.2 bilion menjelang 2030.

“Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Islam telah membawa kepada peningkatan dalam pendapatan boleh guna dan dengan ini wujud keperluan untuk memastikan kemampanan makanan halal dan barangan pengguna,” katanya.

Persidangan Halal Dunia selama dua hari itu bertemakan, “Halal di Hadapan Cabaran Ekonomi dan Sosial”.

Ia turut dihadiri oleh Abdullah yang telah menyampaikan ucapan alu-aluan. – BERNAMA

Tags: Halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Suruhanjaya Patuh Syariah Untuk Kawal Selia Ekonomi Halal

30/05/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar kawal selia lebih komprehensif melibatkan ekonomi halal boleh disatukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd