Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Luar Ketuai...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan memimpin delegasi Malaysia...

Akaun Twitter Lelaki Paling...

LELAKI ini, Martin Shkreli dinobatkan sebagai individu paling dibenci dalam media sosial. Dia yang...

Undang-undang Khas Bagi Lindungi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas bagi melindungi keselamatan pemetaan utiliti...

369,280 Dos Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Trend pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatkan penurunan apabila sebanyak 369,280...

Mayat Lelaki Terjatuh Ke Dalam Sungai Batang Lupar Dijumpai

SRI AMAN – Anggota Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Engkabang Sri Aman, yang terjatuh ke dalam sungai Batang Lupar dari dermaga Tebingan Sri Aman di sini pada 2 Mac lalu, dijumpai lemas hari ini.

Mayat Mas Asri Wayudi Mas Manshore, 41, ditemui pasukan bomba dan penyelamat di dermaga Tebingan Sungai Sri Aman pada kira-kira jam 5 pagi ini.

Jurucakap bomba berkata mayat Mas Asri dijumpai kira-kira 50 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang membuang air kecil di dermaga Tebingan Sri Aman dan kejadian itu disedari seorang rakannya yang berada di tempat kejadian ketika itu.


Sementara itu, mayat seorang warga emas, Tagas Anak Lanoi, 72, yang hilang di dalam hutan di Kampung Slabi Sangkam dalam daerah Serian, ditemui oleh cucunya sendiri petang semalam selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Jurucakap bomba berkata pihaknya mengambil masa lima jam untuk membawa keluar mayat mangsa disebabkan hujan lebat. Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Serian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori