• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Dihalang Masuk Sarawak Hak Mutlak Kerajaan Negeri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan menghalang Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau Mat Sabu daripada memasuki Sarawak adalah hak mutlak kerajaan negeri itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata KDN tidak perlu dimaklumkan mengenai tindakan menghalang mana-mana individu memasuki Sarawak kerana ia merupakan hak Jabatan Imigresen negeri itu.

“Akta Imigresen Sarawak membenarkan negeri itu membuat keputusan atas apa-apa alasan. Undang-undang itu mutlak. KDN hanya bertanggungjawab kepada Akta Imigresen 1959/63 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak ia di bawah kuasa kerajaan negeri,” kata Nur Jazlan kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang media di lobi Parlimen mendakwa Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu pagi tadi.

Beliau berkata Mat Sabu tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira pukul 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen dengan hanya dimaklumkan ia atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

“Saya dimaklumkan tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak Imigresen yang menahannya dan Mat Sabu diarahkan pulang ke Semenanjung dengan penerbangan pertama dari sana,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi tertentu termasuk kuasa Jabatan Imigresen dan mereka berhak berbuat demikian atas alasan-alasan tertentu.

“Ini harus dihormati. Kita bicara soal autonomi apa pun yang dilakukan sudah tentu ada pertimbangannya dan bukanlah bertujuan politik semata-mata.

“Apabila mereka halang sudah tentu mereka mempunyai alasan tertentu yang hanya boleh dijawab oleh kerajaan Sarawak sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd