• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malu Bodoh Harga Banglo Sendiri, LGE Kata Ini Salah UMNO!

oleh
30/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Selepas teruk dikecam kerana dilaporkan tidak tahu banglo miliknya bernilai kira-kira RM6.5 juta, Lim Guan Eng pada Sabtu dilaporkan mendakwa ianya adalah serangan peribadi UMNO terhadap dirinya.

Lucunya, menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, cerita bahawa beliau amat bodoh tidak mengetahui harga banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang dibeli tahun lalu konon telah berjaya diputar belit oleh UMNO.

“Ini satu lagi kerja pembohongan BN (Barisan Nasional) bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya sendiri walaupun saya telah menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem kepada pihak LHDN.

“Saya jawab soalan sama ada nilai rumah saya RM6.5 juta, seperti didakwa UMNO. Saya tahu nilai hartanah ialah RM4.2 juta. Apa yang saya katakan saya tidak tahu bagaimana UMNO dapat tahu rumah saya pada RM6.5 juta.

“Ini kerana saya seorang ketua menteri, bukannya ejen hartanah,” katanya berdalih dalam satu program anjuran DAP di Johor tanpa menjelaskan kedudukan beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah.

Ahli Parlimen Bagan itu menolak dakwaan mengenai beliau tidak menyedari nilai pasaran apabila membayar duti setem banglo yang dilaporkan kira-kira RM122,000 selepas penilaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau mendakwa, insiden itu cuma serangan peribadi UMNO bagi alih perhatian daripada isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion sumbangan almarhum Raja Saudi dan kes seleweng RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang lebih lawaknya, Setiausaha Agung DAP itu seperti biasa turut menyalahkan media cetak terutama pro-BN kerana terus memberi liputan isu rumahnya, seolah-olah tidak ada berita atau isu-isu besar lain di dunia.

Mengenai skandal tanah fasa 2 di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Guan Eng mempertahankan bahawa penjualan berdasarkan tender terbuka dan tanah seluas satu ekar kononnya terlalu kecil bagi projek flat murah.

Beliau mendakwa pihak kerajaan negeri telah tawar tapak lebih besar di Jalan SP Chelliah untuk perumahan kos sederhana tanpa menggantikan semula 230 unit flat Taman Manggis untuk golongan miskin yang dijual itu.

Namun, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya berkata di Dewan Rakyat pada Khamis, tanah dimaksudkan itu adalah tanah yang sudah dalam perancangan BN ketika memerintah Pulau Pinang dahulu.

Malah ia bukannya digantikan balik oleh Guan Eng untuk flat projek perumahan rakyat dan perkara tersebut turut diakui sendiri beberapa pemimpin DAP dalam sidang akhbar khas parti itu di George Town pada Jumaat.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Piiirah LGE Akauntan Tak Tahu Harga Banglo! Habis Tu Khir Toyo Doktor Gigi?

Juga: Malang Rakyat Penang Dapat KM LGE Jahil Matematik

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Khairuddin Penipu, Dia Dalang Hancurkan Keluarga Anwar Dulu”

Next Post

Razer Blade Baru Lebih Ringan Lebih Pantas Lebih Kuasa

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Razer Blade Baru Lebih Ringan Lebih Pantas Lebih Kuasa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd