• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Alu-Alukan Hasil Siasatan Terkini MH370

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysian Airline System Bhd. (Malaysia Airlines) mengalu-alukan hasil siasatan oleh Kerajaan Australia, Pasukan Penyiasatan Malaysia dan pihak penyiasat yang terlibat, bahawa serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini hampir pasti daripada MH370.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata hasil siasatan terkini itu merupakan satu lagi perkembangan dan syarikat penerbangan tersebut berharap ini akan dapat mempercepatkan kepada penyelesaian kehilangan MH370.

“Malaysia Airlines ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Australia dan Malaysia serta pihak penyiasat lain yang terlibat dalam urusan logistik dan analisis ke atas serpihan tersebut serta pencarian yang berterusan untuk MH370.

“Ingatan dan doa kami terus bersama penumpang dan anak kapal MH370. Kami berharap penemuan ini akan membawa kepada pengakhiran kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang dan anak kapal MH370,” katanya.

Malaysia Airlines berkata ia akan terus menyediakan perkembangan dan maklumat terkini kepada keluarga dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai siasatan dan pencarian MH370. – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd