• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malang Rakyat Penang Dapat KM LGE Jahil Matematik

oleh
25/03/2016
dalam Hangat, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SECARA jujur rakyat Pulau Pinang pasti berbangga mendapat Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang bukan sahaja tidak tahu harga rumahnya sendiri, tetapi lebih ajaib dianggap jahil congak matematik mudah darjah satu!

Tentu ramai masih lagi ingat bagaimana beliau mengumumkan ralat kos terowong dasar laut yang bakal hubung bahagian pulau dan tanah besar apabila mengakui berlaku kesilapan pengiraan bajet projek mega kontroversi itu.

Tidak cukup itu, sekali lagi Guan Eng buat pembetulan semula kos projek tambakan tanah laut selepas menyedari putar belit beliau dengan membandingkan situasi zaman pemerintahan Barisan Nasional dapat ‘dibaca’ rakyat.

Kali ini dan lebih memalukan apabila Setiausaha Agung DAP itu mendakwa konon tidak tahu harga banglo murah yang dibelinya begitu rendah berbanding harga pasaran walhal beliau ialah Exco hal ehwal tanah negeri tersebut.

Paling lucu tindakan naif lakonan Guan Eng itu seolah-olah cuba menyelamatkan diri dengan menjadikan pegawai beliau dan penjual rumah mewah tersebut sebagai ‘kambing hitam’ dalam transaksi skandal jual beli hartanah.

Bayangkan dengan alasan tidak tahu harga rumah, ini bermakna beliau tidak terlibat tetapi orang bawahan Guan Eng termasuk ejen hartanah boleh didakwa seperti kes ‘songlap’ RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan.

Begitulah cerdik Guan Eng ‘bersih dosanya’ setelah tersepit namun sekali lagi terlupa, isu tanah Taman Manggis yang jadi pertikaian kerana ia bermula dengan isu ‘balas budi’ diskaun harga banglo beliau di Jalan Pinhorn itu.

Tidak hairanlah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai mendesak Guan Eng henti perbodohkan rakyat negeri itu dengan kata konon tidak tahu lot tanah Taman Manggis adalah untuk projek flat kos rendah.

Secara sinis beliau menyifatkan Ahli Parlimen Bagan itu mempunyai ‘selective memory’ atau daya ingatan berpilih apabila dengan mudah beri alasan tidak mengetahui status tanah lapang tersebut untuk fasa 2 Taman Manggis.

lge1-1

“Selaku Ketua Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Exco, bagaimana beliau tidak tahu tentang isu ini. Walhal kuasa untuk menukar status tanah tersebut daripada kediaman kepada komersial terletak di tangan Exco.

“Lebih hairan, bagai­mana tanah itu dijual pada harga RM11 juta kepada syarikat swasta sedangkan Barisan Nasional (BN) sedia beli pada harga RM22 juta bagi membina rumah kos rendah untuk golongan miskin bandar.

“Jadi kita ingin mendesak Guan Eng agar segera memberi penjelasan tentang rasional penjualan tanah yang lebih murah kepada sebuah syarikat daripada harga tinggi yang pernah ditawarkan oleh BN sebelum ini,” kata Soon Hai.

Beliau turut minta SPRM siasat bagaimana Guan Eng boleh beri kelulusan penjualan lot di Taman Manggis untuk bina hospital swasta dan hotel sedangkan ketika pentadbiran BN, tanah itu dikhaskan untuk rumah rakyat miskin.

Soon Hai turut cabar Guan Eng buat akuan bersumpah pengakuannya tidak tahu tanah di Taman Manggis itu untuk projek flat kos rendah berbeza daripada jawapan beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 2012.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan mengenai pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta oleh Ketua Menteri berkenaan yang disifatkan lebih murah daripada harga pasaran.

Dakwa beliau dalam sidang Dewan Rakyat, Phang Li Koon iaitu pemilik asal rumah bernombor 25, Jalan Pinhorn itu merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Windbond Management & Consultant Sdn. Bhd.

Syarikat itu secara kebetulan mempunyai kaitan dengan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. yang diberi kelulusan kerajaan negeri membeli tanah di Taman Manggis Fasa Dua. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Antara Berani KJ Vs Penakut LGE Diterjah Soalan Cepumas Media

Juga: Kantoi Skandal Banglo Murah, LGE ‘Jaja’ Nama Arwah Nik Aziz

Lagi: Miss Phang ‘Bohong’ Akuan Bersumpah Skandal Banglo Guan Eng

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd