• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Kantoi Bohong Isu Flat PPR Taman Manggis

oleh
22/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA maklum Barisan Nasional (BN) bukan lagi memerintah Pulau Pinang sejak tumbang di negeri tersebut pasca Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu namun ada beberapa projek prasarana ditinggalkan parti itu.

Ini termasuklah flat kos murah untuk penduduk miskin menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis, George Town (yang pastinya memang tiada kolam renang seperti juga banglo ‘murah’ Lim Guan Eng).

Lucunya alasan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang pada sidang akhbar Jumaat mendakwa konon tanah di Taman Manggis tidak sesuai dibangunkan PPR kerana keluasannya kurang 0.8 hektar adalah satu pembohongan.

Ia didedahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta mendakwa alasan bodoh Guan Eng itu turut dimaklumkan oleh pegawainya di kementerian tersebut.

Pada sidang media tanpa sesi soal jawab wartawan di Komtar, Guan Eng mencetuskan persoalan apabila dakwa tanah berkenaan terpaksa dijual kepada pihak swasta untuk projek mewah sekali gus tidak dibangunkan PPR.

Sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, fasa pertama PPR itu memang telah siap dibina serta diduduki dan pembinaan seterusnya hanya melibatkan sebuah lagi blok tambahan kepada bangunan flat yang sedia ada.

taman_manggis
Kawasan tanah lapang sebelah perumahan flat Taman Manggis di George Town, Pulau Pinang. – Gambar hiasan

“Kalau dicampur fasa awal dan fasa kedua, jumlah keseluruhan keluasan tanah (kawasan PPR) itu melebihi dua ekar, lebih daripada memenuhi syarat projek PPR, cuma belum sempat buat fasa dua selepas siap fasa pertama.

“Justeru apabila fasa dua memasukkan pelan pembangunan yang sama, perunding yang sama, ia hanya perlu bina satu blok tambahan lagi, malah tidak tertakluk pun kepada peraturan minimum mesti berkeluasan dua ekar.

“Baki tanah yang ada sekarang dan dijadikan kawasan lapang tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada tanah asal yang memang luas serta sudah tentu bahagian yang tinggal itu kurang daripada dua ekar.

“Tetapi, jika pihak kementerian saya mahu membina flat PPR di sana, ia masih boleh dilakukan kerana hanya membabitkan satu lagi blok baharu sahaja,” tegas Abdul Rahman pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang.

Agensi berita tempatan Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok mesyuarat cawangan parti dalam UMNO Bahagian Batu Kawan di Daerah Seberang Perai Tengah.

taman_manggis1
Kawasan lapang bersebelahan flat Taman Manggis yang kini terbiar kosong. – Gambar hiasan

Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO malah berkata, Guan Eng tidak patut memberi alasan yang beliau konon tidak tahu-menahu bahawa tanah strategik berkenaan sudah lama diperuntukkan khas untuk PPR.

Ini kerana perkara itu ada direkodkan dalam hansard atau dokumen rasmi kenyataan ucapan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 lalu yang malah ia disebut sendiri oleh Guan Eng.

“Saya ada bukti… dalam hansard itu sudah jelas tercatat, apabila beliau menjawab soalan wakil rakyat dalam sidang DUN, tanah itu adalah untuk PPR,” kata Abdul Rahman yang kesal dengan kenyataan putar belit Guan Eng.

Pemimpin DAP tersebut dalam sidang akhbar pada 18 Mac bagi menjelaskan isu banglo murah miliknya, berkata pihak kerajaan negeri langsung tidak tahu bahawa tanah Taman Manggis itu ialah untuk projek rumah kos rendah.

Sebaliknya kata Guan Eng, tanah tersebut kononnya bagi dimajukan untuk menggalakkan pelancongan perubatan, kerajaan negeri memutuskan untuk menawarkan tanah itu kepada sebuah hospital pakar. – Mynewshub.cc

Baca: Skandal Banglo Murah – Apa Istimewa Miss Phang?

Juga: Isu Banglo ‘Murah’ – Berakhir Karier Politik LGE?

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd