Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Shafie Digesa Teruskan Agenda...

KERAJAAN Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal digesa supaya meneruskan perjuangan...

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan...

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam, kata Menteri Luar Sweden, Tobias...

PRN Johor: Pemimpin Bersatu...

JOHOR BAHRU : Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menganggap kembalinya...

Pangsapuri 2 Bilik Sama...

LONDON – Satu unit pangsapuri dua bilik di tengah kota London dijual pada...

Lelaki Dapat Kerja Selepas Berjaya Halang Perompak

Seorang lelaki yang menjalani temuduga di sebuah restoran makanan segera, telah diambil bekerja selepas dia berjaya menghalang satu rompakan daripada berlaku di restoran terbabit ketika sesi temuduga itu sedang berlangsung.

Ketika itu. Devin Washington, 18, sedang ditemuduga oleh pengurus restoran Popeyes Famous Fried Chicken, Danyanna Metoyer.

Selepas perompak cuba mengambil wang tunai di kaunter, Metoyer telah menghalang laluan ke pintu sementara Washington pula menarik tangan lelaki itu.

Pembantu restoran itu, Dominique Griffin kemudiannya turut memegang lengan pencuri terbabit.

“Saya memegang tangannya dan ketika itu saya tidak tahu sama ada dia memiliki senjata atau tidak. Saya tidak takut,’’ kata Washington.


Sementara Metoyer pula berkata dia berusaha sekuat hati untuk menghalang perompak itu daripada melarikan wang tunai di kaunter.

“Bahagian atas badan saya lebih kuat daripada pencuri itu. Kami bukannya membuat untung sangat jadi dia tidak akan dapat mengambil wang kami,’’ kata Metoyer.

Menurut Metoyer, dia dan Griffin kemudiannya memutuskan untuk mengambil Washington bekerja di situ kerana dia sangat layak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori