Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi 6.1 Magnitud...

TAIPEI - Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Bandar Hualien, Taiwan sekitar 1.01...

Mangsa Lemas Di Perlis...

KANGAR - Tiga mayat sekeluarga membabitkan bapa, ibu dan seorang anak perempuan yang...

Penjenayah Misteri Potong Rambut...

KAUM wanita di Kashmir kini dihantui oleh penjenayah misteri yang menyerang dan kemudian...

Jangan Guna Telefon Bimbit...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) meminta orang ramai supaya tidak menggunakan telefon...

Kutipan Filem OlaBola Cecah RM16 Juta

KUALA LUMPUR – Filem ‘OlaBola’ yang telah ditayangkan pawagam selama 39 hari mencatatkan kutipan box office melebihi RM16 juta.

Astro Shaw dalam satu kenyataan media berkata, filem ‘OlaBola’ masih ditayangkan di pawagam hingga hari ini kerana terus mendapat sambutan orang ramai.

“Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. dan Multimedia Entertainment Sdn. Bhd. ini mendapat sokongan penuh masyarakat sejak mula ditayangkan pada 28 Januari 2016.

“Dengan tahap kutipan filem ‘OlaBola’, Astro Shaw mempunyai tiga filem tempatan yang mendapat kutipan box-office tertinggi di Malaysia selepas ‘The Journey’ (2014) yang mencapai RM17.3 juta dan ‘Polis Evo’ (2015) RM18 juta,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata Astro Shaw, ‘OlaBola’ yang meneruskan tayangan pada minggu keenam mendapat jemputan untuk menyertai ‘official selection’ di Taipei Golden Horse Fantastic Film Festival antara 8 dan 17 April 2016. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori