Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Mayat Kanak-Kanak Timbul Selepas...

SIBU - Mayat seorang kanak-kanak ditemukan 100 kaki dari lokasi dia dilaporkan hilang...

Rusia Hantar Peluru Berpandu...

RUSIA akan menempatkan sistem peluru berpandu darat ke udara terbaharu S-400 di semenanjung...

Darurat Batu Sapi: Kehidupan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan...

Akhirnya.. Yusry, Lisa Surihani...

BERITA aktres kesayangan Malaysia, Lisa Surihani selamat melahirkan anak sulung nyata menggembirakan seluruh...

KPWKM Bentang Pencapaian Kepada PM Esok – Rohani

KUCHING – Pencapaian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan di Putrajaya esok.

Menyatakan demikian Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pertemuan itu akan turut membincangkan sasaran serta halatuju kementerian.

“Antara perkara yang akan dibentangkan dalam pertemuan esok ialah kejayaan mencapai sasaran melebihi sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar sektor awam.

“Setakat Disember 2015 sasaran tersebut menunjukkan kejayaan apabila kira-kira 35.11 peratus pembuat dasar di sektor awam adalah wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 bertemakan ‘Ikrar untuk kesaksamaan’ di sini hari ini.

Majlis sambutan itu dirasmikan oleh isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Jamilah Anu.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, Rohani berkata, “Esok kita akan bentangkan kepada Perdana Menteri sasaran terbaharu.

“Sasaran pada masa hadapan 50 peratus pembuat dasar adalah wanita dalam sektor awam,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan aluan sambutan Rohani berkata hak kesamarataan perlu terus diperjuangkan oleh wanita di seluruh dunia.

Katanya telah tiba masa untuk semua golongan sama-sama berikrar bagi menyokong usaha mencapai kesaksamaan dalam segenap aspek kehidupan.

“Statistik di peringkat kementerian menunjukkan wanita telah mencapai kejayaan di dalam pelbagai bidang.


“Sebagai contoh kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah meningkat kepada 53.9 peratus berbanding 49.5 peratus pada tahun 2012,” katanya.

Di KOTA KINABALU, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmah Ayid berkata, masih ada ruang bagi meningkatkan penyertaan wanita Sabah pada tahap membuat dasar dalam sektor awam.

Beliau berkata sekalipun pencapaian wanita Malaysia memegang kedudukan pengurusan kini melebihi sasaran 30 peratus, namun wanita di Sabah masih ketinggalan.

“Peratusan wanita Sabah di tahap itu turun dari 7.9 peratus tahun lepas kepada 6.8 peratus awal tahun ini.

“Potensi wujud bagi meningkatkan bilangan itu jika lebih ramai wanita diperkasa dan diberikan peluang memegang peranan kepimpinan,” kata Jainab dalam ucapan pada majlis pelancaran seminar ‘Sayangi Dirimu’.

Seminar itu diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat negeri 2016.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Anita Baranting.

Majlis itu anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, dihadiri oleh kira-kira 275 peserta dari agensi-agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori