• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rahim Thamby Chik Disebut Semula 19 April

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 April depan bagi sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan peguam yang mewakili Abdul Rahim, Ahmad Al-Hady Abdul Razak.

Abdul Rahim, 65, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding, Ahmad Al-Hady berkata pihaknya menerima surat hari ini daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan mereka menolak permohonan Abdul Rahim supaya pertuduhan hasutan terhadapnya digugurkan.

Abdul Rahim sebelum ini menghantar surat representasi menerusi peguamnya ke Jabatan Peguam Negara pada 17 Dis lepas bagi menggugurkan pertuduhan atas sebab beliau tidak mempunyai niat menghasut.

“Justeru, satu tarikh sebutan baharu ditetapkan pada 19 April,” kata Ahmad Al-Hady.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EoloHd9yrxc[/wpdevart_youtube]

Tags: Rahim Thamby Chik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Melaka Tolak Abdul Rahim Sertai Mana-Mana Parti PH

16/12/2018
0

MELAKA – Permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik, dan pengikutnya ke dalam mana-mana parti...

Kes Saman Rahim Terhadap Mat Sabu, Selesai

18/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kes saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd