• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Di Sandakan Terkawal

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Jumlah kes demam denggi di daerah ini terkawal berikutan pelaksanaan operasi memerangi denggi secara besar-besaran di bawah Ops Mega Kawalan dan Pencegahan Denggi selama sebulan berakhir 15 Mac lepas.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata pada minggu ini terdapat satu kes demam denggi dilaporkan, manakala minggu lepas sebanyak tiga kes.

“Usaha masih dijalankan bagi memantau pembiakan nyamuk Aedes adalah membuat kaji selidik dan pelantikan ‘Communication for Behavior Impact’ (COMBI) di setiap kawasan perkampungan bagi memantau dan melaporkan kes tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya antara usaha yang dijalankan dibawah Ops Mega 2 adalah melakukan aktiviti penghapusan tempat pembiakan Aedes di kampung yang dikenal pasti berlaku perebakan wabak denggi.

Johari berkata aktiviti semburan kabus (fogging) masih dipergiatkan di perkampungan yang pernah menjadi lokaliti wabak denggi antaranya di Kampung Batu Putih, Tinusa 2, Taman Sejati Ujana, Taman Mesra dan Karamunting Baru.

Beliau meminta penduduk di kawasan terbabit terus menjaga kebersihan bagi memastikan tiada tempat jentik-jentik membiak yang menjadi punca wabak denggi merebak.

Sebanyak 913 kes denggi dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga 10 Mac lepas, meningkat 70 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Daerah Sandakan mencatatkan kes denggi tertinggi sebanyak 319 diikuti Kota Kinabalu (152) dan Tawau (72) daripada keseluruhan kes denggi di Sabah. – BERNAMA

Tags: demam denggiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd