• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegagalan Pahang Pada Saingan Piala FA Bukan Penamat

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kegagalan Pahang FC untuk mara ke saingan Piala FA selepas tewas 0-1 kepada Sime Darby FC bukan titik noktah bagi skuad itu untuk terus memberikan cabaran sengit pada saingan Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan Pahang Datuk Che Nasir Salleh berkata setiap perlawanan dihadapi oleh pasukan dianggap suatu proses pembelajaran buat pemain yang kebanyakannya masih muda.

“Kita masih bermain dengan baik dan mampu menguasai permainan cuma pihak lawan lebih bernasib baik apabila mendapat satu percubaan dan terus memperoleh gol.

“Kita pula memiliki beberapa peluang di hadapan gawang, namun tiada penyudah yang tajam untuk menghasilkan jaringan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu malam.

Mengakui Pahang kini dalam usaha menggilap potensi pemain, Che Nasir berharap penyokong tetap memberikan semangat.

“Niat kita sejak awal lagi iaitu mahu membangunkan pemain muda, jadi risiko yang perlu diambil ialah terpaksa mengalami kekalahan. Kita mengharapkan sumbangan pemain import untuk mengimbangi keupayaan pemain muda tapi malang sebaliknya berlaku.

“Namun, bagi saya pemain telah menunjukkan peningkatan di setiap perlawanan dan kita cuba memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti selain memperbanyakkan latihan serta aspek taktikal,” katanya.

Katanya, beberapa penambahbaikan dalam pasukan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan Pahang FC kekal relevan dan mampu memberi cabaran di kancah Liga Super musim ini.

“Kita akan berbincang dan dengar apa keputusan presiden, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah termasuk hal menukar jurulatih jika perlu.

Mengulas mengenai kira-kira 100 penyokong Elephant Army berkumpul selepas perlawanan, beliau menyatakan mereka berhak bersuara untuk melahirkan rasa tidak puas hati atas prestasi Pahang FC.

“Tanpa mereka, kita tak ke mana tapi kita hendak tahu punca sebenar (mereka berkumpul), apa pun saya hormati desakan itu (meningkat prestasi),” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala FASkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amyra Rosli Tepis Dakwaan Bercinta Dengan Amar Baharin

Next Post

Almy Nadia Tak Kisah Dikutuk Gemuk, Rezeki Ketentuan Tuhan

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

Next Post

Almy Nadia Tak Kisah Dikutuk Gemuk, Rezeki Ketentuan Tuhan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd