• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Paras Air Di Seluruh N.Sembilan Belum Capai Tahap Kritikal

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kedudukan paras air di enam daripada tujuh empangan di Negeri Sembilan belum lagi mencapai tahap kritikal namun ia boleh mencecah keadaan itu sekiranya cuaca panas melampau berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pada masa ini, kedudukan paras air di setiap empangan kecuali di Gemencheh berada dalam keadaan yang sedikit sahaja di atas paras kritikal.

Katanya, jika keadaan tersebut berterusan dengan suhu mencecah 37.5 darjah Celcius, ia boleh menyebabkan jumlah kadar air di empangan menurun dengan cepat ekoran pengewapan air selain permintaan yang tinggi daripada pengguna domestik.

“Kita belum sampai tahap mencatu air tapi dalam mesyuarat Lembaga Pengarah SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) nanti, kita akan pastikan langkah terbaik untuk kita ambil supaya langkah awal ini dapat memastikan kita dapat memanjangkan had atau jangka hayat air di empangan tanpa kita mendatangkan kesusahan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Negeri Sembilan mempunyai tujuh empangan iaitu empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Gemencheh (Tampin) dan empangan Sungai Beringin (Rembau).

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya sedang memantau keadaan paras air di semua empangan di seluruh negeri ini yang jika telah mencecah paras kritikal, berkemungkinan besar catuan air akan dilaksanakan.

“Kita (hanya) akan putuskan sama ada kita akan buat catuan air terawat kepada orang ramai apabila kita telah mencapai tahap kritikal di setiap empangan melainkan di Gemencheh kerana ia telah pun mencapai tahap kritikal,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan empangan kini dijangka hanya boleh bertahan sekitar 25 hingga 30 hari sebelum mencecah paras kritikal manakala 40 hari bagi empangan Sungai Terip memandangkan penggunaan airnya yang kurang.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat di negeri ini berjimat cermat dalam penggunaan air terawat.

“Kita juga akan minta supaya masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri ini mengadakan solat hajat dan berdoa pada Jumaat ini supaya dapat diturunkan hujan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada operasi pihak industri akan terjejas ekoran situasi ini, Mohamad menjelaskan kebanyakkan industri menggunakan bekalan air mentah menerusi air bawah tanah yang permitnya diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Sejak tiga tahun lepas, kita benarkan industri-industri bahkan kita galakkan industri untuk mereka tidak menggunakan air terawat kerana industri tak memerlukan air terawat, mereka nak guna air sahaja.

Jadi kita telah benarkan industri untuk gunakan air daripada bawah tanah, (dan) mereka (perlu) menggali sendiri air bawah tanah dan kita menggunakan meter untuk kita kenakan caj tarif air mentah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menerima banyak permohonan daripada pihak industri untuk menggunakan air bawah tanah bagi keperluan operasi namun ia dan memerlukan permit bawah enakmen bekalan air. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanSains
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd