• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedinginan Cameron Highlands ‘Hilang’ Akibat El Nino

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Bila sebut tentang percutian ke Cameron Highlands pastinya masing-masing membayangkan suhunya yang dingin.

Lebih daripada itu, pengunjung tempatan terutamanya teruja untuk datang ke tanah tinggi ini untuk merasai pengalaman ‘wap-wap’ iaitu asap keluar dari mulut apabila bercakap.

Bagaimanapun, pengunjung yang datang bercuti ke pusat peranginan ini mendapati semua itu seolah ‘lenyap’ disebabkan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda sekarang.

Rosdan Razali, 45, dari Ipoh, Perak yang datang bercuti ke sini bersama-sama keluarga berkata keadaan panas ketika ini menyebabkan kedinginan ‘hilang’.

“Tahun ini panas lain macam. Sebelum ini bila kita bercakap, mulut pun keluar asap sebab terlalu sejuk.

“Saya, isteri serta anak-anak bawa baju sejuk, stokin serta sarung tangan apabila bercuti ke sini, tahun ini memang tak perlu pakai semua itu,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Seorang lagi pengunjung, Salasiah Ismail, 41, dari Kulim, Kedah berkata Cameron Highlands yang sinonim dengan suhu dingin juga tidak terlepas daripada bahang fenomena El Nino.

“Saya pernah datang ke sini beberapa tahun lepas, namun ketika itu cuaca sangat sejuk sehingga bila tidur di hotel tak perlu pasang kipas berbanding sekarang.

“Saya rasa tak seronok pula kali ini bercuti di sini sebab cuaca tak sejuk sangat,” katanya.

Salasiah yang bercuti bersama-sama suami serta tiga orang anak juga terkejut dengan kenaikan mendadak harga sayur-sayuran serta buahan-buahan di sini yang didakwa peniaga sebagai kesan daripada cuaca panas dan kering.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu maksimum yang direkodkan di pusat peranginan ini sejak 1 Mac lepas adalah antara 24 hingga 25 darjah Celsius. – BERNAMA

Tags: El Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd