• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Akan Kaji Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Baharu Parlimen

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu pilihan khas parlimen yang dicadangkan Jawatankuasa Dewan Rakyat mengenai Transformasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau berkata kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan sesetengah jawatankuasa yang dicadangkan itu bersifat sensitif.

“Sebagai contoh, mereka (Parlimen) mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa mengenai keselamatan; keselamatan adalah isu sensitif…sama seperti hal ehwal luar negara, ia juga amat sensitif. Jawatankuasa tertentu mungkin ‘OK’, tapi sesetengahnya adalah sensitif, jadi Kabinet perlu menelitinya lagi,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pada satu sidang akhbar semalam bahawa Parlimen bercadang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas, antaranya Jawatankuasa Pindaan Undang-undang, Jawatankuasa Bajet, Jawatankuasa Pengangkutan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara.

Ketika ini, Parlimen mempunyai lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Mesyuarat dan Jawatankuasa Dewan.

Cadangan penubuhan jawatankuasa baharu adalah antara empat pindaan utama yang dicadangkan bagi Arahan Tetap Dewan Rakyat yang dijadual dibentangkan pada persidangan semasa Dewan Rakyat, sejajar dengan inisiatif transformasi Parlimen.

Pindaan yang dicadangkan termasuk Waktu Khas Bertanya Menteri pada Selasa dan Khamis untuk memberi peluang kepada Anggota Parlimen bertanya soalan mengenai isu semasa.

Azalina berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membentangkan cadangan pindaan itu dalam bentuk laporan sebelum ia dibahaskan Anggota Parlimen.

Sambil menyebut Waktu Khas Bertanya Menteri sebagai contoh, beliau berkata inisiatif itu akan memberi kesan positif kerana lebih banyak menteri akan hadir di Parlimen bagi menjawab soalan dan tidak hanya menghantar timbalan untuk mewakili mereka. – BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Panik Babi Hutan ‘Gila Babi’ Di Hentian Bas Singapura

Next Post

Guru Terpesona Ayat-Ayat Cinta Warga Asing Rugi RM62,000

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Guru Terpesona Ayat-Ayat Cinta Warga Asing Rugi RM62,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd