• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pembayar Cukai Individu, Syarikat Meningkat Pada 2015

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Jumlah pembayar cukai individu dan syarikat meningkat, masing-masing sebanyak 3.6 peratus dan 3.9 peratus pada tahun lepas meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pertambahan jumlah pembayar cukai itu adalah hasil rangkaian jaringan yang diwujudkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan individu dan syarikat di seluruh negara.

Katanya kejatuhan harga minyak dan gas di pasaran dunia turut memberi kesan kepada jumlah kutipan cukai keseluruhan tahun lepas, dengan RM121.186 bilion, susut sedikit berbanding RM133.7 bilion yang dikutip pada 2014.

“Pungutan hasil cukai juga meningkat kepada 2.6 peratus tahun lalu. Kita berharap pungutan hasil cukai akan meningkat tahun ini.

“Ini menunjukkan kecekapan dan prestasi LHDN dalam mengutip cukai walaupun negara berhadapan dengan kutipan hasil minyak dan gas berkurangan tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Hasil ke-20 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Menurutnya, usaha-usaha LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai turut membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai dari individu dan syarikat setiap tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Gn7wf5phdbg[/wpdevart_youtube]

Tags: Husni Hanadzlah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Husni Yakin BN Mampu Sapu Bersih Tambun

29/04/2018
0

IPOH - Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kerusi Parlimen...

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd