• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pelajar Dapat Pinjaman MARA Masih Kekal

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Jumlah pelajar mendapat pinjaman pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih dikekalkan seperti sebelum ini biarpun mengalami pengurangan peruntukan RM400 juta dalam bajet tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mara akan tetap memberi pinjaman kepada 20,000 pelajar yang keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion, dengan mengikut kategori kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing.

“Apabila berlaku pengurangan peruntukan ini, untuk memastikan kami tidak mengurangkan jumlah peminjam, kami letak kategori peminjam yang layak menerima pinjaman ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan UMNO Bahagian Bera 2016 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah akan mendapat pinjaman penuh manakala ibu bapa yang bergaji RM8,000 hingga RM15,000 sebulan, hanya layak menerima pinjaman separuh untuk pembiayaan yuran pengajian sahaja tanpa perbelanjaan sara hidup.

“Bagi ibu bapa yang berpendapatan RM15,000 ke atas pula, MARA tidak beri pinjaman menerusi dana MARA ini, tetapi kami membantu mereka (pelajar) mendapat pinjaman daripada bank mahupun PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Beliau berkata langkah meletakkan kategori itu adalah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana diberi tumpuan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata dalam mesyuarat berkelompok hari ini, wakil cawangan UMNO Bahagian Bera sebulat suara membuat deklarasi menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menolak ‘Deklarasi Mahathir’.

“Semua mereka juga bersetuju supaya usul ini dibawa ke peringkat mesyuarat peringkat cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd