• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Ambil Anggota Sukarela Capai Sasaran Dua Juta Anggota

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akan berusaha meningkatkan keanggotaannya kepada dua juta orang menjelang 2018 dengan pengambilan anggota sukarela khasnya dalam kalangan golongan muda di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) jabatan itu, Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Datuk Selamat Dahalan berkata, ini bagi memastikan negara sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menangani krisis, kecemasan dan bencana semulajadi ataupun bencana akibat perbuatan manusia.

Jabatan itu kini mempunyai 850,000 anggota di 144 daerah seluruh negara, dengan 300,000 daripadanya bersedia melaksanakan tugas kecemasan.

“Daripada jumlah itu, 66,000 pelatih dan 190,000 orang awam telah didedahkan dengan ilmu pertahanan awam,” katanya semasa majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (PISPA ILKKM) Bagi Zon Sarawak di Kolej Kejururawatan Sibu di sini, Sabtu.

Mengenai PISPA Selamat berkata, ia merupakan kerjasama strategik di antara JPAM dan Kementerian Kesihatan untuk melatih ilmu Pertahanan Awam dalam kalangan pelatih Institusi Latihan Kementerian Kesihatan.

Katanya mereka yang menamatkan keseluruhan silibus kursus dan latihan PISPA ditauliahkan sebagai Pegawai Staf Muda (Pertahanan Awam) Gred 13 dan boleh membantu JPAM dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kesiapsiagaan awam apabila melangkah ke alam pekerjaan masing-masing kelak.

Daripada 33 Institusi Latihan Kementerian Kesihatan, 26 daripadanya telah melaksanakan modul PISPA dan seramai 2,969 pelatih di institusi itu menjalani latihan PISPA dengan 582 orang adalah dari Zon Sarawak.

Pada majlis itu, Selamat menyempurnakan pemakaian pangkat dan menyampaikan watikah pegawai bersekutu kepada lapan pegawai dari Kolej Kejururawatan Sibu, Kolej Kesihatan Awam Kuching dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching.

Beliau juga mentauliahkan pangkat dan menyampaikan sijil kepada Pegawai Sukarelawan PISPA ILKKM kepada 108 jururawat pelatih dari Kolej Kejururawatan Sibu dan 41 pelatih Inspektor Kesihatan dari Kolej Kesihatan Awam Kuching.

Majlis itu juga menyaksikan pentauliahan pingat dan pemakaian pangkat 45 pegawai tidak bertauliah dari Pejabat Daerah Pertahanan Awam Sibu, Matu, Daro dan Mukah. – BERNAMA

Tags: JPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalin Kerjasama Tangani Kes Sengaja Dibakar

27/10/2017
0

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka menandatangani Nota Kerjasama (NoU) tidak lama lagi...

JPAM Sasar 2 Juta Sukarelawan Menjelang 2017

27/08/2016
0

ALOR SETAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan dua juta sukarelawan sehingga Jun tahun depan, kata Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd