• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Sasar 2 Juta Sukarelawan Menjelang 2017

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan dua juta sukarelawan sehingga Jun tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata sasaran tersebut dibuat berikutan tertubuhnya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Laut dan Civil Defence Emergency Respone Team-Community (CDERT-C).

Katanya sukarelawan sukan APM yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi juga mampu menarik lebih ramai sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran untuk menyertainya.

Beliau berkata pihaknya memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk ditempatkan di seluruh kawasan termasuk di peringkat komuniti yang akan memberi bantuan awal sekiranya berlaku bencana alam dan kecemasan.

“Kita ada pelbagai sukarelawan pelbagai bidang seperti doktor, mekanik kenderaan dan tukang kayu yang mana kepakaran mereka diperlukan bagi membantu masyarakat dalam kecemasan.

“CDERT-C ditubuhkan bagi membantu komuniti setempat dalam kecemasan dan bencana alam yang diketuai oleh penghulu dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP),” katanya selepas merasmikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelancaran logo CDERT-C Peringkat Negeri Kedah, di Pejabat JPAM Kota Setar, Anak Bukit di sini hari ini.

Shahidan berkata sukarelawan di peringkat komuniti akan diberi kursus dan latihan bagi memastikan mereka bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai perkara kecemasan sebelum tindakan susulan diambil oleh pasukan bantuan lain.

Beliau berkata jika berlaku banjir, pasukan tersebut akan bertindak terlebih dahulu dengan membantu mangsa banjir sebelum bantuan susulah tiba daripada pelbagai agensi keselamatan lain.

Katanya pihaknya turut mengalu-alukan jurulatih dan atlet untuk menyertai sukarelawan sukan APM bagi membantu komuniti yang menjalankan aktiviti sukan secara percuma.

“Sukarelawan kita bukan hanya tertumpu kepada kecemasan dan bencana alam sebaliknya juga membantu komuniti dalam penganjuran aktiviti sukan dan kita tawarkan perkhidmatan mereka secara percuma,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalin Kerjasama Tangani Kes Sengaja Dibakar

27/10/2017
0

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka menandatangani Nota Kerjasama (NoU) tidak lama lagi...

JPAM Akan Tubuh APM Laut September Depan – Shahidan

23/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menubuhkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Laut pada 1 September depan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd