• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Akan Percepat Laksana Projek Pindah Bekalan Air Mentah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kerajaan negeri akan mempercepatkan pelaksanaan projek pemindahan bekalan air mentah (PAMER) ke Empangan Sungai Layang, Pasir Gudang bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di kawasan terlibat bagi tempoh jangka panjang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim berkata sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kos projek RM100 juta akan digunakan untuk kerja-kerja awal termasuk kajian dan pelan reka bentuk projek.

“Kita jangka ia (kerja-kerja awal) akan mengambil masa dua hingga tiga bulan akan datang.

“Ini termasuk pelan projek, pemetaan dan melantik kontraktor bagi projek berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pengoperasian projek bekalan awal air mentah PAMER ke Empangan Sungai Lebam di sini hari ini.

Pada 6 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerja sehari ke Johor mengumumkan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan projek itu akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu supaya ia dapat dilaksanakan dengan segera.

Ismail berkata kerajaan negeri akan mendahulukan RM100 juta dan ia akan dibayar balik melalui pembayaran hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

“Sekarang ini, hutang kerajaan negeri antaranya membuat rumah mampu milik dan kerja-kerja lain, jadi hutang itu akan ditukar kepada (nilai) projek ini,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: empanganJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd