• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Nama Kongres Rakyat – Azmi

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan cuba mengelirukan orang ramai berhubung penganjuran Kongres Rakyat yang dipelopori PAS dengan perhimpunan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara ‘kotor’ pada 27 Mac ini.

Perbuatan tidak bertanggungjawab penyelaras perhimpunan itu menyebabkan Pengerusi Kongres Rakyat, Azmi Abdul Hamid terpaksa membuat kenyataan umum bagi menerangkan cubaan untuk mengelirukan rakyat tersebut.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kongres Rakyat tidak terlibat sama sekali dengan himpunan yang akan diadakan pada 27 Mac ini yang diselaraskan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

“Kekeliruan timbul kerana penganjur perhimpunan tersebut turut menggunakan nama Kongres Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmi berkata, orientasi, objektif dan matlamat Kongres Rakyat sangat berbeza berbanding himpunan yang mahu dianjurkan Pakatan Harapan dengan sokongan kumpulan penentang dalaman UMNO.

Kenyataan media itu turut dikongsikan oleh Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebook beliau.

Kumpulan penentang dalaman UMNO merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdendam dengan Najib.

Pakatan Harapan merancang mengadakan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan sebagai salah satu strategi melumpuhkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd