• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pertikai Levi Baharu Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – “Majikan di negara ini tidak sepatutnya merungut atau mempertikaikan penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baharu pekerja asing yang diumumkan semalam,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata kerajaan telah banyak bertolak ansur dengan pelbagai isu berkaitan pengambilan pekerja asing dan membantu majikan dalam pelbagai aspek.

Katanya sebenarnya banyak masalah yang kerajaan perlu selesaikan dalam isu pekerja asing yang sepatutnya menjadi tanggungjawab majikan dan sebaliknya kerajaan dipersalahkan berhubung lambakan pekerja asing.

“Antara isunya rakyat dibebani dengan pelbagai masalah termasuk kekurangan pekerjaan selain berbilion ringgit dibawa keluar dari negara ini oleh pekerja asing serta masalah sosial yang menjadi beban hospital kerajaan.

“Kerajaan telah banyak bertolak ansur termasuk dalam isu levi ini. Kalau mereka terus merungut kerajaan mungkin akan mengambil tindakan memanjangkan masa pembekuan kemasukan pekerja asing baharu ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Peringkat Kebangsaan Siri 1/2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baharu pekerja asing yang mengekalkan pengklusteran levi kepada dua kategori, berkuat kuasa hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata kadar levi baharu bagi kategori pertama yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, manakala kategori kedua membabitkan sektor perladangan dan pertanian pula sebanyak RM640.

Kadar baharu itu melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan.

Dalam pada itu, Nur Jazlan mengingatkan majikan agar mengambil pekerja asing melalui saluran yang disediakan kerajaan bagi mengelak masalah di masa hadapan.

“Sekarang ini majikan banyak yang suka mengambil pekerja asing tanpa izin. Mereka sanggup bayar ejen beribu ringgit untuk mendapatkan pekerja asing tapi nak bayar levi pada kerajaan tidak sanggup,” katanya.

Mengenai RELA, beliau berkata kementerian sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf infrastruktur di Akademi Latihan RELA Malaysia di Sungai Udang di sini dan membuka sebuah akademi latihan baharu di Sarawak bagi menampung keperluan kira-kira 332,000 anggota RELA di negeri itu. – BERNAMA

Tags: pekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd