• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Taman Manggis: SPRM Kunjungi Pejabat KM Selasa Lepas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melawat pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mendapatkan dokumen dan menyemak komputernya pada Selasa lepas, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata bagaimanapun pihak kerajaan negeri masih menunggu SPRM untuk mendapatkan keterangan Lim berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglonya pada harga RM2.8 juta yang didakwa lebih rendah daripada harga pasaran.

“Pegawai SPRM ada mengadakan perbualan ketika lawatan itu namun secara rasminya keterangan Ketua Menteri masih belum diambil … masih menunggu maklum balas SPRM untuk mencatatkan keterangan Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Sementara itu, Lim berkata beliau ingin meminta Shabudin yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) untuk memberi penjelasan berhubung penjualan tanah awam milik PERDA pada harga di bawah pasaran.

Katanya, proses penjualan tanah itu di Seberang Perai Selatan dilakukan pada tahun lepas dengan tarikh penukaran hak milik pada 28 Jun 2015 dengan nilai lebih RM1.4 juta.

“Mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri, nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta. Saya ingin menjemput Shabudin untuk bersemuka memberikan penjelasan pada 11 pagi, Ahad ini bertempat di Bilik Mutiara, Komtar,” katanya.

Lim turut menafikan bahawa beliau cuba mengalihkan isu dan berkata Shabudin harus memberikan penjelasan berhubung isu itu kerana ia melibatkan tanah dan wang awam. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd