Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Hukuman Sebat Di Tempat...

KOTA BHARU – Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan...

3,045 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,045 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan...

Putin Raikan Kejayaan Politik...

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara...

Hebat, Video Aksi Scha...

SCHA Al-Yahya memang dikenali sebagai pelakon yang gila-gila, tengok sahajalah wataknya dalam drama...

Imigresen Kedah Tahan 7 Warga Vietnam Dalam ‘Ops Ikrar’

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Vietnam dalam serbuan berasingan menerusi ‘Ops Ikrar’ di Sungai Petani, awal hari ini.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata pegawainya yang menjalankan pemeriksaan di dua lokasi premis rumah sewa di Sungai Petani pada pukul 1 pagi menahan enam lelaki serta seorang wanita Vietnam yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

“Pemeriksaan telah dijalankan di dua lokasi premis rumah sewa di Bandar Puteri Jaya dan semasa pemeriksaan ada yang cuba melarikan diri selain menyorok di dalam almari dan bahagian atas siling rumah, namun berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Shahrir berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori