• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Dokumen Jabatan Audit Negara Iringi Laporan PAC Bawah OSA

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara mengiringi rumusan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB), diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sebaliknya, rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Laporan (yang diklasifikasikan di bawah) OSA itu laporan Ketua Audit Negara, jangan salah faham, laporan yang diminta sendiri oleh Ketua Audit Negara untuk diklasifikasikan sebagai OSA,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan di Intan Kampus Wilayah Selatan (IKHWAS) di sini hari ini.

Apa yang penting, laporan PAC perlu mencapai konsensus kesemua ahlinya bagi memastikan laporan jawatankuasa itu bernilai tinggi, kata Nur Jazlan.

“Laporan PAC disertakan dokumen sokongan. Memandangkan laporan PAC adalah dibuat berasaskan laporan Ketua Audit Negara, ia merupakan dokumen sokongan kepada laporan PAC yang akan dibentang,” kata bekas Pengerusi PAC itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kekeliruan mengenai laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di bawah OSA.

Semalam, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan meneliti laporan akhir berkenaan berserta dengan 10 prosiding terdahulu bagi melengkapkan laporan jawatankuasa sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada Jumaat (4 Mac), PAC mendengar pembentangan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara di bangunan Parlimen yang dijadualkan semula pada semalam dan Isnin (7 Mac) selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Feb lepas.

Hasan juga berkata PAC akur serta memahami keperluan dan tindakan Jabatan Audit Negara bagi mengklasifikasikan laporan akhir itu sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut Hasan, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat demikian bagi menjaga kredibiliti dan integriti jabatan itu.

Keputusan Jabatan Audit Negara itu dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC sendiri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

Iran Gantung MOU Dengan AS Selepas Israel Tetap Buat Kurang Ajar Serang Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHRAN, 19 Jun — Iran dilaporkan menggantung keseluruhan tempoh rundingan selama 60 hari bersama Amerika Syarikat (AS) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd