• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

D’Herbs Hampir Pasti Taja Pasukan Kedah

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Juara Liga Perdana 2015, Kedah semakin hampir mendapatkan syarikat bumiputera terkenal, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. sebagai penaja pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengasas syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah telah dilakukan baru-baru ini.

“Hampir 99.9 peratus kita bersetuju untuk menaja skuad Lang Merah, cuma masih menunggu beberapa perkara yang belum diputuskan KFA. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat kepada KFA seperti jersi atau cat stadium.

“Jika KFA putuskan dalam masa terdekat, kita akan selesaikan proses penajaan bagi merancakkan lagi industri bola sepak negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Kedah-Kelantan, di Stadium Darul Aman.

Tuan rumah menang 2-1 menerusi gol pemain import, Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd. Syafiq Ahmad sembilan minit sebelum perlawanan tamat, selepas Indra Putra Mahayuddin buka jaringan untuk pelawat pada minit ke-29.

Aliff berkata beliau memilih pasukan itu kerana kagum dengan semangat dan perpaduan dalam kalangan penyokongnya yang datang dari seluruh pelosok negeri Jelapang Padi itu bagi menyokong pasukan mereka.

Ditanya mengenai laporan beliau membatalkan hasrat menaja Kedah selepas krisis pertukaran Menteri Besar baru-baru ini, Aliff mengakui perbincangan itu terhenti seketika sebelum KFA kembali melakukan rundingan berhubung penajaan berkenaan.

Aliff berkata perbincangan bersama KFA menerusi Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan hampir dua bulan sebelum krisis pertukaran jawatan itu berlaku, sehingga ada yang mengatakan beliau membatalkan hasrat tajaan tersebut.

Mengenai tagline ‘terlajak gol’ setiap kali pasukan itu melakukan jaringan, Aliff berkata perkara itu bergantung kepada KFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada membenarkannya atau tidak.

“Memang hasrat saya untuk pemain kata terlajak gol tetapi kalau perkataan itu macam kelakar dan menjejaskan reputasi bola sepak negara ini mungkin ia tidak perlu digunakan,” katanya.

Aliff berkata apa yang diharapkannya ialah mahu melihat pasukan tajaannya mempamerkan aksi lebih baik setiap kali perlawanan dan dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

“Tujuan saya yang mengusahakan syarikat kosmetik menaja pasukan hanya untuk memeriahkan industri bola sepak di negara ini yang agak suram sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: aliff syukridherbsKFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Aliff Syukri Mohon Maaf

26/04/2022
0

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd