• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Baharu Kes Buli Diedar Mulai Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kementerian Pendidikan akan mengedarkan garis panduan baharu bagi menambah baik pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar di semua sekolah di seluruh negara mulai minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata antara penambahbaikan dalam garis panduan itu melibatkan proses dan tempoh siasatan sesuatu kes bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

“Tindakan cepat perlu diambil dan dalam kes buli paling penting adalah siasatan, yang libatkan pelajar sama ada yang kena buli atau dibuli, oleh pengurusan sekolah…adakah melibatkan kes polis atau tidak.

“Tidak boleh tunggu tubuh satu jawatan kuasa, baru nak ambil tindakan, akan jadi lambat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang di sini, Rabu.

Beliau berkata kebanyakan kes buli tidak melibatkan polis sebaliknya hanya menjadi kes dalaman yang melibatkan ibu bapa mangsa, pembuli serta pengurusan sekolah.

“Biasanya kalau kes ringan, selesaikan di peringkat sekolah, kalau tahap dua, tak boleh selesai di sekolah, barulah pergi ke peringkat ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Mahdzir berkata tindakan yang dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah kerana membuli adalah berperingkat iaitu amaran, gantung sekolah dan dipindahkan ke sekolah lain.

Beliau berkata hukuman berkenaan adalah sebagai pengajaran manakala tindakan lebih serius seperti buang sekolah adalah penyelesaian terakhir bagi pelajar yang terlibat dengan jenayah.

“Buang sekolah ni, kadang-kadang tidak beri peluang kepada pelajar, sebab mereka masih budak, tapi kami tengok tahap (kesalahan) juga, pindah sekolah pun sudah dapat memberi pengajaran kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes buliMahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan kematian...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd