Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Adik Kepada Bekas PM...

KUALA LUMPUR - Adik kepada bekas Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn,...

Kantoi Berlakon Filem Lucah,...

SEORANG guru dari Rusia terpaksa meletakkan jawatan selepas individu tidak dikenali berkongsi pautan...

RM599 Harga Maksimum Tiket...

Jelebu: Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung...

Dah Biasa Berlawak, Achey...

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali...

“Flight Data Recoder” CN235 Dihantar Ke Indonesia Untuk Analisa

KUALA LUMPUR – “Flight Data Recoder” dan “Voice Data Recoder” pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang terpaksa membuat pendaratan cemas di Pantai Batu 2, Kuala Selangor, Selangor pada 27 Februari lalu dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisa.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan media memberitahu, Flight Data Recoder” dan “Voice Data Recoder” pesawat itu dihantar ke Bandung dengan diiringi oleh dua pegawai TUDM.

“TUDM masih meneruskan usaha untuk menaikkan pesawat tersebut yang masuk hari ke tujuh hari ini.

“Semalam, “Crash and Salvage Team” telah berjaya mengapungkan enjin kanan pesawat dan enjin tersebut telah ditunda ke jeti nelayan berhampiran. Sayap kanan pesawat itu juga telah berjaya diapungkan dan telah ditarik ke jeti. ,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan yang membuat “salvage” masih mengumpulkan serpihan-serpihan pesawat di kawasan insiden.


Kata kenyataan itu, TUDM mendapatkan bantuan dari Rejimen Askar Jurutera Diraja, Tentera Darat yang akan memasang Jambatan Apung (Jetfloat) ke pesawat bagi memudahkan “Crash and Salvage Team” sampai ke pesawat tersebut bagi kerja-kerja pengapungan.

“Tiga orang anak kapal pesawat telah dibenarkan keluar dari Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan.

“Manakala seorang lagi anak kapal yang patah tangan kiri telah selamat menjalani pembedahan kecil di tangan dan keadaan beliau kini sudah pulih,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori