• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Sasar RM2 Bilion Jualan Tahunan Daripada Usahawan Felda

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda menyasarkan jualan tahunan sebanyak RM2 bilion oleh usahawannya tahun ini setelah mencatatkan RM1.7 bilion pada 2015.

Pengarah Jabatan Pembangunan Usahawan Felda, Datuk Amir Hamdan Yusof berkata sasaran tersebut dapat dicapai melalui usaha seperti pembukaan outlet jualan baharu dan jumlah bilangan usahawan Felda yang semakin meningkat.

“Kita menjangkakan untuk memperoleh RM2 bilion itu termasuk melalui jualan antarabangsa, Sawari dan barangan Felda Best.

“Kita ada sembilan produk antaranya barangan sejuk beku serta kraftangan yang dipasarkan di peringkat antarabangsa seperti Dubai, Singapura dan beberapa negara Asia lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan outlet Sawari yang kelapan di Menara Felda di sini.

Jualan pada 2015 mencatat peningkatan berbanding RM1.5 bilion pada 2014, manakala bagi tahun ini, Felda telah mencatat jualan sebanyak RM288.34 juta setakat Februari lepas, katanya.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, kami tidak menjangkakan banyak namun jika kami boleh bertahan dengan prestasi mampan, ia sudah cukup baik,” katanya.

Selain itu, Amir Hamdan turut menyasarkan peningkatan bilangan usahawan daripada golongan muda menerusi beberapa inisiatif seperti latihan usahawan yang giat dijalankan Felda.

“Sehingga kini kita mempunyai 22,398 usahawan dan kita sasarkan 30,000 bagi 2016. Kita akan tumpukan kepada golongan muda kerana mereka inilah generasi yang bakal meneraju ekonomi negara,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai program seperti latihan, sistem inkubator dan padanan perniagaan (business matching) giat dijalankan untuk membimbing mereka termasuk perbincangan dengan institusi kewangan bagi dana kewangan perniagaan.

Mengenai pembukaan outlet Sawari, Amir Hamdan berkata Sawari merupakan singkatan daripada program ‘Satu Wilayah, Satu Industri’ yang dimulakan Felda sejak 2004 untuk membangunkan potensi keusahawanan bagi memberi pendapatan tambahan kepada keluarga peneroka di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

“Kita juga akan membuka sebuah outlet baharu di Pusat Transformasi Bandar di Ipoh pada Mei ini. Ia telah mendapat kelulusan dan kini dalam proses pengubahsuaian ruang,” katanya.

Beliau berkata Felda juga sedang berbincang bagi tujuan pembukaan outlet Sawari di tempat lain antaranya di kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh serta Ayer Keroh. – BERNAMA

Tags: Feldausahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd