Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Persediaan Hadapi Banjir Ditambah...

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan penambahbaikan dalam persiapan menghadapi banjir tahun...

Anggota Polis Direman Kes...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga...

Laksa Cap Kunci Rupanya...

KANTOI... Selama ini mungkin ramai pernah membeli laksa Cap Kunci atau dihidangkan dengan...

Parlimen Permatang Pauh, Antara...

ALOR SETAR - Pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu menyedari kebajikan mereka telah...

DUN Sarawak Bubar 11 April – Adenan Satem

KUCHING – Ketua Menteri Tan Sri Dr. Adenan Satem pada Khamis mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11 diadakan.

Beliau berkata tarikh berkenaan telah diperkenan secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud ketika Adenan mengadakan pertemuan dengan beliau di sini pagi tadi.

“TYT (Abdul Taib) meminta supaya DUN Sarawak dibubarkan (untuk pilihan raya negeri diadakan) oleh kerana hanya beliau seorang sahaja yang boleh (ada kuasa) membubarkan DUN di negeri ini.

“Selepas itu terpulanglah pada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan bilakah hari penamaaan calon dan tarikh pengundian,” kata Adenan pada sidang media khas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Penggal DUN Sarawak sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini manakala SPR akan mengadakan mesyuarat bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian sebaik dimaklumkan mengenai pembubaran DUN itu.

Pada pilihan raya negeri 2011 lalu, Barisan Nasional yang ketika itu diterajui Abdul Taib menang 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan sementara DAP hanya mendapat 12 kerusi, PKR pula 3 kerusi dan bebas satu sahaja.


Terdahulu, Adenan mengadakan pertemuan dengan Abdul Taib di Jalan Demak di sini. Beliau tiba kira-kira pukul 9.45 pagi sekali gus mencetuskan spekulasi kemungkinan besar DUN Sarawak bakal dibubarkan bila-bila masa.

Beliau bagaimanapun menyatakan kunjungan itu adalah rutin biasa bagi seorang Ketua Menteri untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri pada hari ini juga.

Adenan meluangkan masa kira-kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum beliau dilihat meninggalkan kediaman rasmi berkenaan pada jam 11 pagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori