Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Dekati Peminat, Masdo Jual...

LAIN orang, lain cara. Lain penyanyi, lain juga cara mereka untuk mempromosikan lagu...

Akta Pembangunan Petroleum 1974...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran agar meneliti semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974...

Anwar Akan Dipanggil Beri...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar...

‘Perkampungan’ Haram Warga Asing...

CYBERJAYA - Seramai 156 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di 'perkampungan' rumah...

“Dia Buat Kita Terkenang Dosa-Dosa Lama” – Remy Ishak

AKTOR Mohammad Zalimei Bin Ishak, 33, atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak yang pernah membawa ibunya mengerjakan umrah baru-baru ini enggan berkongsi hajat apa yang didoakan di sana.

Tetapi beliau menjelaskan apa yang dilalui di Tanah Suci Makkah adalah sangat istimewa.

“Saya nak cakap pasal hal ini pun susah sebab saya rasa kalau nak tahu perasaan kat sana, kita kena pergilah sebab ia adalah satu tempat yang sangat tenang.

“Dan membawa kita lebih mengenali Islam. Saya rasa seronok, Alhamdulillah”

Remy Ishak dan ibunya di Tanah Suci

“Kat sana, dia buat kita rasa lebih dekat mengenang dosa-dosa lampau yang telah dilakukan. Kat sana boleh mencari kebaikan yang kita boleh guna untuk kemudian hari”.


Remy juga memberitahu dia sanggup menolak apa sahaja tawaran kerja ketika mendapat peluang menjejakkan kaki ke tanah suci bersama ibunya kerana perkara itu sudah lama dihajatkan.

Apabila ditanya soal jodoh, Remy menjelaskan dia hanya berserah kepada Allah dan takdir untuk menentukan apa yang terbaik bagi dirinya. – Mynewshub.cc

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QoGO8JW1MTE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori