• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Pekerja Asing Dalam Negara Cecah 5.5 Juta Tidak Benar

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa pekerja asing di negara ini mencecah 5.5 juta adalah tidak benar, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen sehingga 31 Jan tahun ini, sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan aktif.

“Bilangan ini merangkumi pekerja asing yang bekerja dalam lima sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu sektor informal iaitu pembantu rumah asing,” kata KDN.

KDN berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang mahu KDN menyatakan adakah benar pekerja asing dalam negara menjangkau 5.5 juta.

Beliau juga mahu pecahan bilangan pekerja asing mengikut negeri, pecahan kewarganegaraan dan jantina mereka.

Mengulas lanjut, KDN berkata sehingga 31 Jan, pekerja asing Indonesia merupakan bilangan tertinggi yang berada di negara ini iaitu 819,773 orang diikuti Nepal (483,908 orang), Bangladesh (272,036 orang), Myanmar (143,623 orang) dan India (135,921 orang). – BERNAMA

Tags: KDNpekerja asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd