• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM1.4 Juta Dirampas Di Kuching

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Daerah Kuching merampas dadah bernilai kira-kira RM1.4 juta semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aziz Yussof berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah di kawasan perumahan di Jalan Lapangan Terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis berjaya merampas pil ekstasi sebanyak 18,806 biji seberat 5.284 kilogram dan ketulan syabu seberat 1.028 kilogram yang dianggar bernilai RM1.420 juta.

“Ia merupakan rampasan terbesar pernah dibuat di Sarawak sejak dua tahun lalu,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata pihak polis turut menangkap seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia 46 dan 25 tahun.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh tujuh hari.

Aziz berkata suspek lelaki mempunyai lima kes lampau sejak tahun 2010 berkaitan penyalahgunaan dadah dan pernah dipenjara enam bulan dan ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah.

“Hubungan suspek merupakan rakannya dan dadah berkenaan dipercayai dihantar melalui bungkusan dari Semenanjung untuk edaran di pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata turut disita ialah tiga buah kereta model Harrier, KKIA dan Mercedes Benz, barang kemas dan jam tangan jenama Rolex dianggarkan bernilai RM235,000. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd