• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Culik PM – Polis Jamin Negara Terkawal

oleh AK-47
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR– Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh kumpulan militan Daesh tahun lalu seperti yang didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan di negara ini adalah selamat dan terkawal.

“Benar terdapat cubaan culik itu…menjadi tugas kami untuk mencegah sebarang jenayah yang berlaku di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Kolej Unikop dan Open University Malaysia (OUM), di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya berhubung pendedahan Ahmad Zahid tentang cubaan culik itu.

Hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan selain Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menjadi sasaran kumpulan militan itu ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mengulas mengenai negara tertentu yang mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap rakyatnya di negara ini, Khalid berkata polis memberi jaminan bahawa keselamatan pelawat atau pelancong ke negara ini adalah selamat.

“Amaran keselamatan itu hak mereka untuk halang rakyat daripada pergi ke tempat yang mereka fikir tidak selamat. Saya beri jaminan bahawa keselamatan kita terjamin dan terkawal…kami alu-alukan mana-mana pelawat untuk ke sini,” katanya.

Pada 22 Februari lepas, media melaporkan bahawa Kerajaan Australia menerusi kenyataan di laman web rasminya mengeluarkan amaran berjaga-jaga dengan ancaman pengganas di sini, yang mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing khususnya pelancong Barat.– BERNAMA

Tags: DaeshHishammuddinpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd